Monday, 30 May 2016

PROJEK MARI BERATUR!

Laporan Projek Mari Beratur:

https://drive.google.com/open?id=0B8X-HrA65-ahcjYybDVNMVBfMmc

Video Projek Mari Beratur:

https://drive.google.com/open?id=0B8X-HrA65-ahdWh4eG9VUG9KM0U



KERJA MINGGUAN (10 Mei 2016)

1. Apakah ciri-ciri negara maju

  • Angka pengangguran yang rendah
  • Sistem pendidikan bertaraf internasional
  • Angka pertumbuhan hidup rendah
  • Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi semakin cepat dan pesat
  • Pendapatan per-kapita tinggi
  • Industri menjadi sumber ekonomi utama


2. Senaraikan 10 NGO yang memberi komitmen terhadap perpaduan di Malaysia


  • Gerakan Belia 4B Malaysia
  • BERSIH
  • PERKIM
  • Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia
  • MERCY
  • Islam Da'wah Foundation Malaysia
  • Yayasan Salam Malaysia
  • Ikatan Siswazah Muslim Malaysia
  • HALUAN
  • Malaysian Chinese Muslim Association


3. Bagaimankah Rasululluah menjalankan usaha integrasi antara kaum? Nyatakan di mana prinsip-prinsip ini diwujudkan di Malaysia? Cadangkan penambahbaikan.


  • Rasullullah telah mempersaudarakan muhajirin dan ansar di Madinah
  • Rasullullah telah menggubal piagam Madinah yang bersifat adil terhadap semua suku di Madinah tidak kira  Islam mahupun bukan Islam
  • Rasulullah telah membina masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan, sukan dan aktiviti sosial

Di Malaysia, masjid juga banyak didirikan sebagai pusat penyebaran ilmu pegetahuan. Orang bukan islam boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai islam supaya salah faham dapat dileraikan. Pelbagai ceramah agama, dan kelas-kelas telah diadakan secara percuma bagi semua golongan yang minat mempelajari tentang islam. Selain itu, pada hari perayaan, rumah terbuka telah dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi peluang kepada bangsa lain menikmati hari perayaan dan mempelajari budaya kaum lain.

KERJA MINGGUAN (3 MEI 2016)

1. Jelaskan satu contoh dasar awam dalam membina negara Malaysia


Dasar pendidikan Kebangsaan

Matlamatnya adalah untuk mengeratkan perpaduan pelbagai kaum dan etnik. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi memenuhi kehendak negara. Ia juga bermatlamat bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang, melahirakn masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirakan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai keharmonian diri dan memeberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

2. Jelaskan mengenai negara kota, ciri- ciri dan negara kota pertama yang terdapat di dunia.

Negara kota mempunyai kedudukan strategik, ekonomi yang kukuh, merupakan satu unit bebas, mempuanyai pasukan tentera yang kuat dan sistem kepercayaan atau agama tersendiri. Salah satu contoh negara kota ialah Athens. 

Athens ialah negara kota di Yunani yang berkembang pesat. Kedudukan negara kota Athens yang terletak di Utara Semenanjung Peloponnesus adalah sangat strategik kerana ianya wujud di kawasan yang bergunung-ganang serta berhampiran dengan laut. Kedudukan ini adalah sangat sesuai dari segi pertahanan kerana terlindung daripada serangan musuh yang mungkin menyerang dari arah darat atau laut.Kepercayaan masyarakat Athens berasaskan Polytheism iaitu kepercayaan terhadap banyak tuhan. Bagi masyarakat Athens, berkhidmat dalam tentera merupakan perkara biasa dalam kehidupan. Masyarakat Athens menerima latihan daripada umur 18 hingga 20 tahun. Setelah 20 tahun, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan sempadan di Attica.


KERJA MINGGUAN (19 APRIL 2015)

1. Jawatan kanan kerajaan yang khusus untuk orang Melayu

Jawatan kanan kerajaan yang khusus untuk orang Melayu ialah ketua hakim negara, ketua setiausaha negara dan ketua tentera negara.

2. Jelaskan Perkara 160

Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia ialah orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

KERJA MINGGUAN (5 APRIL 2016)

1. Bincangkan konsep ketertinggian perlembagaan.

  • Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
  • Menjadi punca kepada semua undang-undang.
  • Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
  • Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan.
  • Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin.
  • Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen 
  • Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.
  • Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.

KERJA MINGGUAN (29 MAC 2016)

1. Apakah sistem yang ditinggalkan oleh orang British kepada orang Melayu sehingga orang Melayu hilang identiti asalnya?

Sistem ekonomi yang telah diagih-agihkan oleh pihak British di mana orang Melayu hanyalah layak untuk menjadi petani atauppun menjadi pegawai rendah sahaja. Sebelum kedatangan British, orang Melayu telah menjalankan aktiviti perdagangan sehingga telah diiktiraf oleh kerajaan China di mana Melaka menjadi pusat entrepot yang terkenal dia dunia.

2.Apakah watak sebenar orang Melayu?

  • Saling bertolak-ansur
  • Bersopan-santun
  • Rajin Bekerja
  • Menganut Agama Islam
  • Sanggup mempertahankan tanah air daripada dijajah

3. Apakah isi kandungan perjanjian antara Sang Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba?

"Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak'


Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun'

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah'

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. 



4. Bezakan zaman pluraliti dan pluralistik dari segi undang-undang, politik, pendidikan, ekonomi dan sosial

Zaman Pluraliti:

  • Undang undang : Hukum Kanun Melaka, Undang undang Laut Melaka
  • Politik : Sultan mengetuai pentadbiran di Melaka
  • Pendidikan : Istana menjadi pusat pendidikan, sultan menjadi penaung, belajar mengenai islam
  • Ekonomi : Perdagangan menggunakan sistem pemerintahan terbuka, sistem pelabuhan yang cekap
  • Sosial : Perkahwinan antara berlainan kaum, ramai orang datang berdagang dan menetap di Melaka (Baba Nyonya, Hindu Muslim, golongan Arab)
Zaman Pluralistik:

  • Undang-undang : Common Law British
  • Politik : Residen diperkenalkan di Tanah Melayu dan kuasa pemerintahan di letak di bawah kerajaan pusat yang dikawal daripada London
  • Pendidikan : Sistem vernakular diperkenalkan mengikut bangsa, Sekolah Inggeris, sekolah Tamil dan Sekolah Cina
  • Ekonomi: Diasingkan mengikut kaum (dasar pecah dan perintah), ekonomi tradisional dan moden
  • Sosial : Pelombong dari China dan India dibawa masuk secara besar-besaran untuk membantu British mengaut keuntungan dari Tanah Melayu

REFLEKSI MINGGUAN (MINGGU 12)

NABI MUHAMMAD SAW RAHMAT SEKALIAN ALAM

Nama: Ummi Sahira Binti Abd Halim
No Pelajar: 2015209636


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah akhirnya telah sampai ke tajuk terakhir pembelajaran CTU 555, Sejarah Malaysia iaitu Nabi Muhammad SAW Rahmat Sekalian Alam. Walaupun tajuk ini tidak dilengkapkan dalam silibus, penting untuk kita semua mengetahui kisah hidup dan sirah baginda. Sebagai umat Islam, beriman kepada Rasullullah adalah salah satu rukun iman, jika tidak, tidak sempurnalah iman kita. Pada setiap kelas, ustazah sendiri telah mengingatkan kita supaya berselawat keatas baginda dan sedekahkan Al-Fatihah kepada junjuangan Nabi Muhammad supaya kita mendapat syafaat daripadanya. Kita umat akhir zaman, umat Rasullullah yang paling dirindui baginda. 

Melalu perkongsian yang telah diberikan olah para pembentang, saya telah mengetahui sedikit sebanyak kisah-kisah Nabi Muhammad yang sebegitu mulia sifatnya. Rasullullah mengambil peranan sebagai seorang ayah, seorang pemimpin dan seorang kekasih Allah yang begitu taat menyembah Allah. Kesemua peribadi Rasullullah membuatkan saya sendiri begitu terharu dan gembira untuk selalu berselawat keatas baginda. Mudah - mudahan menjadi impian kita semua untuk bertemu dengan Nabi Muhammad sendiri di syurga kelak.

Nama: Nur Iman Athira bt Mohd Amin
No. Pelajar: 2015259318

Melalui pembelajaran minggu ini, saya telah didedahkan dengan lebih banyak kisah-kisah Nabi yang sememangnya penuh dengan pengajaran. Perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk umatnya haruslah disyukuri setiap umatnya. Adalah penting sebagai umat Rasulullah SAW untuk kita sentiasa mengingati Baginda yang sentiasa mendoakan umat Baginda. Setiap sifat Nabi hendaklah kita contohi bagi menjadi seorang hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW yang cemerlang. 

Nama: Anisha Azreen binti Hasmizam
No. Pelajar: 2015229474

Alhamdulillah, kami telah tiba kepada tajuk terakhir CTU555 iaitu Nabi Muhammad SAW Rahmat Sekalian. Mempelajari tentang tajuk ini melalui pembentangan, saya memperoleh pengetahuan tentang kisah-kisah sirah baginda Rasulullah yang ada sebahagiannya tidak pernah saya dengar sebelum ini. Kisah-kisah ini telah menyentuh lubuk hati saya dan menyebabkan cinta saya kepada bagina semakin mendalam, kerana ternyata baginda merupakan insan yang terbaik - sebagai pemimpin dan juga sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa dan cukup tawaduq. Cinta baginda kepada Allah SWT dan ketegaran baginda menyampaikan ajaran Allah sangat memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam memastikan anak-anak generasi seterusnya memperoleh ilmu agar negara kita terus maju dan berwawasan. Terdetik rasa sebak di hati ketika kisah-kisah ini diceritakan di hadapan kelas, kerana cinta baginda yang cukup mendalam terhadap umat yang tidak pernah baginda temui, dan juga betapa ruginya kita kerana tidak dapat hidup di zaman baginda. Alangkah indah sekiranya dapat berjuang dan berada di samping baginda dan para sahabat, kerana bagindalah insan  yang paling ideal dan terbaik dan yang paling mencintai kita.