Nama: Ummi Sahira Binti Abd Halim
No Pelajar: 2015209636
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah akhirnya telah sampai ke tajuk terakhir pembelajaran CTU 555, Sejarah Malaysia iaitu Nabi Muhammad SAW Rahmat Sekalian Alam. Walaupun tajuk ini tidak dilengkapkan dalam silibus, penting untuk kita semua mengetahui kisah hidup dan sirah baginda. Sebagai umat Islam, beriman kepada Rasullullah adalah salah satu rukun iman, jika tidak, tidak sempurnalah iman kita. Pada setiap kelas, ustazah sendiri telah mengingatkan kita supaya berselawat keatas baginda dan sedekahkan Al-Fatihah kepada junjuangan Nabi Muhammad supaya kita mendapat syafaat daripadanya. Kita umat akhir zaman, umat Rasullullah yang paling dirindui baginda.
Melalu perkongsian yang telah diberikan olah para pembentang, saya telah mengetahui sedikit sebanyak kisah-kisah Nabi Muhammad yang sebegitu mulia sifatnya. Rasullullah mengambil peranan sebagai seorang ayah, seorang pemimpin dan seorang kekasih Allah yang begitu taat menyembah Allah. Kesemua peribadi Rasullullah membuatkan saya sendiri begitu terharu dan gembira untuk selalu berselawat keatas baginda. Mudah - mudahan menjadi impian kita semua untuk bertemu dengan Nabi Muhammad sendiri di syurga kelak.
Nama: Nur Iman Athira bt Mohd Amin
No. Pelajar: 2015259318
Melalui pembelajaran minggu ini, saya telah didedahkan dengan lebih banyak kisah-kisah Nabi yang sememangnya penuh dengan pengajaran. Perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk umatnya haruslah disyukuri setiap umatnya. Adalah penting sebagai umat Rasulullah SAW untuk kita sentiasa mengingati Baginda yang sentiasa mendoakan umat Baginda. Setiap sifat Nabi hendaklah kita contohi bagi menjadi seorang hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW yang cemerlang.
Nama: Anisha Azreen binti Hasmizam
No. Pelajar: 2015229474
Alhamdulillah, kami telah tiba kepada tajuk terakhir CTU555 iaitu Nabi Muhammad SAW Rahmat Sekalian. Mempelajari tentang tajuk ini melalui pembentangan, saya memperoleh pengetahuan tentang kisah-kisah sirah baginda Rasulullah yang ada sebahagiannya tidak pernah saya dengar sebelum ini. Kisah-kisah ini telah menyentuh lubuk hati saya dan menyebabkan cinta saya kepada bagina semakin mendalam, kerana ternyata baginda merupakan insan yang terbaik - sebagai pemimpin dan juga sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa dan cukup tawaduq. Cinta baginda kepada Allah SWT dan ketegaran baginda menyampaikan ajaran Allah sangat memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam memastikan anak-anak generasi seterusnya memperoleh ilmu agar negara kita terus maju dan berwawasan. Terdetik rasa sebak di hati ketika kisah-kisah ini diceritakan di hadapan kelas, kerana cinta baginda yang cukup mendalam terhadap umat yang tidak pernah baginda temui, dan juga betapa ruginya kita kerana tidak dapat hidup di zaman baginda. Alangkah indah sekiranya dapat berjuang dan berada di samping baginda dan para sahabat, kerana bagindalah insan yang paling ideal dan terbaik dan yang paling mencintai kita.

No comments:
Post a Comment