Sunday, 20 March 2016

KERJA MINGGUAN (15 MAC 2016)

SOALAN

1. Apakah maksud budaya? Bagaimanakah budaya mempengaruhi manusia?

Maksud budaya ialah kumpulan sifat-sifat akhlak dan nilai-nilai kemasyarakatan yang mempengaruhi seseorang individu itu sejak kelahirannya serta mempunyai perhubungan dengan cara-cara kehidupan di asal-usul seseorang itu. Budaya juga mempunyai hubungan yang kuat dengan peradaban. Budaya dapat mempengaruhi tingkahlaku, akhlak dan adab manusia sama ada secara positif atau negatif. Cara-cara manusia bergaul dengan alam, benda dan pemikiran menentukan nilai kebudayaan seseorang tersebut. Hal ini kerana budaya mengandungi tradisi-tradisi, kebiasaan-kebiasaan, adat istiadat dan cita rasa yang dapat membentuk suatu masyarakat dan tingkahlaku mereka.

2. Bagaimanakah agama berperanan dalam mengubah masyarakat menjadi lebih positif? 

Agama memainkan peranan besar dalam membawa sesebuah masyarakat ke arah yang lebih positif. Pertama sekali, agama menyarankan agar penganutnya mengubah diri sendiri ke arah yang lebih positif sebelum seseorang individu itu mencapai suatu tahap di mana ia mampu membawa perubahan terhadap masyarakat. Ini jelas difirmankan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Ra'd ayat ke 11 serta surah Al-Anfal ayat ke 53.
Tidak akan Allah ubah darjat kemuliaan atau kehinaan sesuatu masyarakat itu melainkan mereka mengubah amalan-amalan mereka sendiri. Agama juga membantu dalam menghalang dan mengekang dari berlakunya perkara negatif dalam lingkungan masyarakat seperti gejala-gejala sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat.
Agama turut menyumbang terhadap kekuatan psikologi seseorang individu, seterusnya membina seorang individu yang mampu menyumbangkan kekuatannya terhadap keseimbangan masyarakat.

3. Terdapat 8 fenomena kebudayaan yang tidak dinamik dinyatakan. Pilih satu fenomena yang berlaku dalam masyarakat majmuk Malaysia dengan memberikan contoh yang sesuai.

Di antara 8 fenomena kebudayaan yang tidak dinamik dinyatakan, satu fenomena yang secara jelasnya berlaku dalam masyarakat majmuk Malaysia ialah fenomena 'anggapan sudah sempurna'. Sebagai sebuah negara yang memiliki masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama, toleransi di antara setiap kaum adalah penting dalam menjamin kesejahteraan dan keamanan negara. Namun yang demikian, hal ini seperti diambil ringan oleh segelintir masyarakat di mana pandangan mereka terhadap diri yang sudahpun sempurna tidak mahu mengambil inisiatif dalam membaiki diri dan hubungan mereka sesama kaum. Sebagai contoh, sikap segelintir pihak bagi setiap kaum yang masih mementingkan diri dan enggan bertolak ansur sesama mereka merupakan bukti bahawa mereka menggangap diri sudah sempurna dengan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang individu di dalam negara ini tanpa merasa perlunya mempunyai sikap ingin membaiki diri dan hubungan sesama kaum.

No comments:

Post a Comment