1. Berdasarkan ayat Al-Hujuurat ayat 11 hingga 13, senaraikan apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dan applikasikannya kepada isu semasa.
Ayat 11, Surah Al-Hujuurat:
Berdasarkan ayat ini, Allah SWT melarang sesuatu kaum mencemuh ataupun merendah-rendahkan kaum lain kerana taraf manusia adalah sama dan hanya membezakan taraf itu ialah iman seseorang. Pada masa kini, pengaruh daripada barat telah memanipulasi dunia dengan menunjukkan budaya mereka lebih bagus daripada kebudayaan lain dari segi pemakaian, ekonomi mahupun cara hidup liberal. Negara-negara lain berlumba-lumba untuk mencontohi kebudayaan barat dengan menganggap apa-apa produk yang dikeluarkan oleh mereka lebih berkualiti dan moden sehingga menganggap pemikiran yang berbeza daripada mereka adalah orang yang ketinggalan zaman. Pelbagai jenis restoran makanan segera telah dibuka dan mengaburi mata masyarakat bahawa makanan tersebut lebih senang dan mudah didapati walaupun makanan tersebut boleh mendatangkan penyakit jika diambil berlebihan.
Ayat 12, Surah Al-Hujuurat:
Ayat 11, Surah Al-Hujuurat:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,....."
Berdasarkan ayat ini, Allah SWT melarang sesuatu kaum mencemuh ataupun merendah-rendahkan kaum lain kerana taraf manusia adalah sama dan hanya membezakan taraf itu ialah iman seseorang. Pada masa kini, pengaruh daripada barat telah memanipulasi dunia dengan menunjukkan budaya mereka lebih bagus daripada kebudayaan lain dari segi pemakaian, ekonomi mahupun cara hidup liberal. Negara-negara lain berlumba-lumba untuk mencontohi kebudayaan barat dengan menganggap apa-apa produk yang dikeluarkan oleh mereka lebih berkualiti dan moden sehingga menganggap pemikiran yang berbeza daripada mereka adalah orang yang ketinggalan zaman. Pelbagai jenis restoran makanan segera telah dibuka dan mengaburi mata masyarakat bahawa makanan tersebut lebih senang dan mudah didapati walaupun makanan tersebut boleh mendatangkan penyakit jika diambil berlebihan.
Ayat 12, Surah Al-Hujuurat:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain."
Sangkaan buruk tehadap sesuatu masyarakat perlu dijauhi kerana sikap prejudis ini akan membawa pelbagai kesan buruk di dalam suatu kelompok masyarakat. Perpaduan yang disemai antara masyarakat akan hancur akibat sangkaan buruk. Jika kita lihat semula pada peristiwa 13 Mei 1969, perbezaan bahasa telah menyebabkan rusuhan kaum yang dasyat di Tanah Melayu. Peristiwa ini berlaku disebabkan salah faham dan juga sangkaan buruk antara satu kaum kepada satu kaum yang lain. Jika kesemua masyarakat bersifat positif dan bersangka baik antara satu sama lain, rusuhan ini mungkin dapat dielakkan. Kini, masyarakat Malaysia lebih terbuka dalam hal-hal antara kaum dan hidup lebih harmoni tanpa perasaan prejudis antara satu sama lain.
Ayat 13, Surah Al-Hujuurat:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."
Allah menyuruh manusia supaya beramah mesra sesama anggota masyarakat supaya perpaduan dapat dieratkan. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia sendiri terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza seperti Melayu, China, India dan kaum bumiputera. Bertepatan dengan firman Allah, hidup yang harmoni seperti hari ini dapat dicapai apabila semua kaum bertoleransi dan beramah mesra antara satu sama lain. Masyarakat Malaysia menyambut hari raya kaum-kaum lain dan menziarahi jiran-jiran tetangga ketika sakit walaupun berlainan agama dan budaya antara mereka. Berbuat baik sesama kaum lain amat diperlukan untuk memberi pandangan yang baik dan positif tentang agama Islam dan kebudayaan Melayu.
2. Apakah faktor pendorong dan penghalang asimilasi?
Faktor pendorong:
- Terdapat toleransi antara kelompok yang memiliki kebudayaan yang berbeza
- Peluang yang sama dalam bidang ekonomi
- Wujudnya sikap hormat-menghormati antara orang asing dan kebudayaan yang dibawa
- Adanya persamaan antara kedua-dua budaya yang bersifat universal
- Terjadinya perkahwinan antar kelompok yang berbeza kebudayaan
Faktor penghalang:
- Kurangnya pengetahuan terhadap budaya yang baru
- Prasangka negatif terhadap kebudayaan baru
- Perasaan kebudayaan kelompok tertentu lebih tinggi daripada kebudayaan kelompok lain
- Memiliki perasaan yang kuat bahwa individu terikat dengan kebudayaan kelompok masing-masing
3. Terangkan konsep Ummah
Terdapat empat maksud utama umat yang disebut dalam Al-Quran, pertama, umat menunjukkan satu masa tertentu, satu golongan manusia, mempunyai pemimpin yang diikuti dan ia juga merupakan syariat agama Islam.
No comments:
Post a Comment