Thursday 28 April 2016

BAB 2: PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH (PEMBENTANGAN)


CTU 555: SEJARAH MALAYSIA

BAB 2: PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH


HASIL PEMBELAJARAN


  • Menjelaskan pembentukan pluraliti di alam Melayu
  • Menjelaskan kesan penjajahan dan pembentukan masyarakat pluralistik
  • Menghuraikan pembentukan masyarakat pluralistik selepas era penjajahan


TERMINOLOGI
  • Pluralisme: Ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat
  • Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadimasyarakat Melaka
  • Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa dan agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah British

GARIS MASA MASYARAKAT



Pluraliti sebelum Kerajaan Melayu Melaka

  • Pluraliti berlaku secara semulajadi di alam Melayu pada awalnya. Etnik yang datang ke alam Melayu mempunyai serampang tiga mata iaitu pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan (Gospel, Gold and Glory)
  • Terdapat Raja Hindu di Jawa yang menggunakan nama Arab, Raja Melayu dan rakyatnya di Champa pada mulanya beragama Hindu ,kemudian ada antara mereka memeluk Islam pada abad ke-16.
  • Pluraliti masyarakat tidak berasaskan konsep negara bangsa, pengasingan wilayah dan sebagainya namun unsur asimilasi terdapat dalam masyarakat seperti berkahwin. Adat resam dan budaya masyrakat pendatang diterima pakai oleh orang tempatan.

Pluraliti dan Islam


  • Pembukaan Melaka pada 1400 Masihi oleh Parameswara menandakan kemasukan imigran dari luar ke kepulauan Melayu (Alam Melayu.
  • Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan Islam yang termashyur di rantau Alam Melayu.
  • Kedatangan Islam dikatakan melalui para pedagang, mubaligh Arab, India dan China.
  • Agama Islam telah membawa satu ideologi yang rasional, radikal dan progresif dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

Pengaruh Islam terhadap Orang Melayu

  1. Keilmuan/Tauhid
  • Pertukaran kepercayaan tahyul kepada keyakinan berpaksikan aqidah berdasarkan intelektualisme dan rasionalisme.
  • Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).

    2. Politik
  • Penyebaran Islam telah dilakukan melalui perdagangan dan perluasan wilayah
  • Pendakwah turut dihantar ke negeri jajahan Melaka

    3. Sosial
  • Perkahwinan di antara pemerintah Melaka dengan pemerintah China dan pemerintah yang lain
    4. Perlembagaan dan undang-undang
  • Perlembagaan berdasarkan hukum Islam seperti yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka & Undang Undang Laut Melaka






Kesan daripada faktor tersebut membawa kepada:

  •      Pedagang dari Arab, China, India datang berdagang dengan bebas.
  •      Pedagang Arab menyebarkan Islam serta ilmu pengetahuan
  •      Raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang (Hang Li-Po)
  •      Berlaku pencampuran masyarakat dan budaya.


Pluralistik zaman penjajah

  •       Penjajah datang membawa bersama ideologi mereka dari Eropah.
  •     Fahaman yang dibawa oleh penjajah Barat ke Tanah Melayu dikenali sebagai Sekularisme.
  •     Telah melalui pengalaman fahaman yang memisahkan antara agama dan kehidupan dunia (negara) ekoran daripada sejarah pertentangan antara :
  1.       Golongan agamawan
  2.       Ilmu sains moden
  •       Masyarakat Eropah terbahagi kepada 2 golongan
  1.       Golongan agama
  2.       Golongan sains moden
  •     Senario inilah juga yang cuba dibentuk oleh penjajah ke atas Tanah Melayu.
  •     Golongan menyokong agama dianggap oleh penjajah sebagai yang mencetuskan huru-hara dan perselisihan.
  •   Golongan sains barat moden dianggap sebagai golongan yang menyatupadukan masyarakat dan membolehkan mereka hidup dengan aman damai kerana sains barat moden bersifat universal.
  •     Hakikatnya, ideologi Barat prejudis dan ideologi mereka tidak benar sama sekali kerana keadaan agama Kristian di Eropah tidak sama seperti ajaran Islam di Timur Tengah.
  •   Agama Islam ialah agama yang cinta kepada kedamaian dan kesejahteraan. Bahkan Islam tidak pernah menolak ilmu yang benar, Contoh – wahyu pertama ilah iqra’ (yang bererti bacalah)

  •    Ekoran daripada ideologi penjajah barat juga telah mengubah corak pentadbiran Tanah Melayu kepada sekularisme.
  •      Urusan negara dipegang oleh British manakala urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu dipegang oleh Raja Melayu dan Sultan.
  •     Dengan itu, ideologi penjajah Barat bukan sahaja telah mencorakkan fizikal Tanah Melayu dalam aspek pentadbiran dan pemodenan, malah telah turut juga menguasai corak pemikiran pemimpin dan msyarakat di Tanah Melayu.

Masyarakat pluralistik pra merdeka

  •      Sebelum 1848, penduduk Tanah Melayu terdiri dari orang Melayu.
  •      Mulai tengah abad ke -19 telah berlaku perkembangan perusahaan bijih timah dan perusahaan getah pada abad ke 20M. 
  •     Ini menyebabkan British membawa masuk secara besar-besaran orang Cina dan India ke Tanah Melayu.
  •     Menjelang 1931, jumlah penduduk melayu melebihi jumlah penduduk bukan Melayu.
  •    Menyebabkan berlakunya masyarakat pluraliti dengan setiap kaum mengekalkan budaya masing-masing.
  •      Kuasa British yang telah menguasai Tanah Melayu  sedikit demi sedikit melalui perjanjian demi perjanjian seperti Perjanjian 1786 Penang telah diberi oleh Sultan Kedah kepada British (Francis Light)
  •     Tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor Perak telah menerima Residen British (J.W.W. Birch) dan 1895 Perjanjian Persekutuan dan terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  •      Negeri-negeri ini kaya dengan hasil bumi, yang akhirnya dimonopoli oleh British.
  •      British kemudiannya meluaskan jajahan mereka ke atas Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui perjanjian Bangkok (Siam) pada 1909. Setiap penasihat British dilantik di setiap negeri tersebut.

Impak paling besar penjajahan dan pendudukan British di Tanah Melayu

1. Memisahkan Agama Islam daripada politik, pentadbiran, undang- undang, ekonomi dan pendidikan.
2. Telah menghapuskan kuasa Sultan sebagai pemerintah negeri, sebaliknya memperkenalkan sistem pemerintahan pusat (federal) yang ditadbir oleh Residen. Manakala sultan-sultan hanya diberi elaun (sagu hati) dan menguasai agama serta adat-istiadat Melayu.
3. Undang-undang Islam yang dipakai oleh tanah Melayu telah dibuang dan digantikan dengan Common Law British

Masyarakat Pluralistik Pasca Merdeka

Kontrak Sosial

Dalam Sejarah Melayu, terdapat 2 peringkat kontrak sosial:

1.  Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia kepada raja dan rakyat.
2. Berlaku pada zaman masyarakat pluralistik iaitu syarat yang dikenakan British untuk memberikan kemerdekaan.
Perkara dalam kontrak sosial:

*Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu.
*Memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu sebagai hak istimewa.
*Orang bukan Melayu bersetuju akan hak-hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
*Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan. 

CLC

- Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum / Communities Liason Committee 
- Tujuan ditubuhkan  untuk mewujudkan persefahaman mengenai kontrak sosial
- Menyelesaikan isu-isu antara etnik
- Usaha sama antara Dato’ on Jaafar dan Tun Tan Cheng Lock 

Aspek Pluralistik

1. Pendidikan

a. Pada zaman British
 Sekolah terbahagi kepada 3: 1) Inggeris, 2) Melayu, 3) Sekolah vernakular Cina & Tamil
 Menyebabkan jurang antara kaum & pembahagian peranan setiap kaum
 Tiada penyatuan

b. Selepas merdeka
 Sistem pendidikan lebih bercirikan tempatan
Penyatuan dalam pendidikan berlaku apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan & diwajibkan di sekolah-sekolah vernakular. 
Subjek-subjek bercirikan Malaysia. 

Ekonomi

Zaman British
- Dualisme menyebabkan berlakunya agihan tenaga-tenaga kerja antara kaum.
  Kadar miskin orang Melayu semakin tinggi & ekonomi moden didominasi kaum Cina.
- 4 peringkat rancangan pembangunan ekonomi negara telah dilaksanakan utk mengatasi masalah sosioekonomi & sosiopolitik.
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan setelah peristiwa 13 Mei 1969 & juga telah merapatkan jurang pendapatan & mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum.
- DEB juga menjamin pertumbuhan ekonomi yg memberangsangkan & juga menyeimbangkan kaum. 

Pengajaran

1.  Kita hendaklah mengekalkan identiti bangsa kita agar dapat diwarisi oleh generasi seterusnya.
2. Pemimpin dan rakyat harus bekerjasama ke arah memajukan dan mempertingkatkan martabat negara di persada dunia. Sikap saling menghormati antara pemerintah dan rakyat dapat mengelakkan kekacauan di pentas siasah seterusnya menjamin pentadbiran yang lebih teratur. 

Kesimpulan

- Masyarakat di alam Melayu telah berkembang daripada zaman pluraliti kepada zaman pluralistik dengan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
- Selepas kedatangan penjajah, kebanyakan sistem seperti politik, pendidikan mahupun sosial dia Malaysia telah dipengaruhi barat.
- Ajaran Islam juga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan masyarakat Melayu lupa akan asal usul mereka yang sudah sebati dengan ajaran Islam.










No comments:

Post a Comment