Saturday 30 April 2016

KERJA MINGGUAN (26 APRIL 2016)

Bab 3:  Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik



Soalan 1:  Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?

Jawapan: Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi dan menjadi punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang ini tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan, jika tidak undang-undang tersebut akan terbatal. Tidak ada sebarang institusi di Malaysia, boleh mengatasi kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi

Soalan 2:  Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:


Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja Melayu
Kedaulatan dihapuskan
Ketua negeri Melayu
Konsep raja berpelembagaan diperkenalkan
Agama Islam
Kedudukan tercabar
Dijaga oleh Sultan Melayu
Dijadikan agama pesekutuan
Kedudukan negeri-negeri Melayu
Tanah Jajahan Mahkota
Negeri naungan British
Penyertaan Sabah dan Saraawak
Kerakyatan / Kewarganegaraan
Sama rata
 (jus soli)
-Undang-undang
-Permohonan kerakyatan (naturalisasi)
-Undang-undang
-Permohonan kerakyatan (bersyarat)
Ketua Pentadbiran Negeri
Gabenor British
Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri
Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Dihapuskan
Perlindungan istimewa diberikan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera







Buat kesimpulan tentang  3  sebab utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union?

Jawapan: Orang Melayu menolak Malayan Union kerana Malayan Union akan menghapuskan status quo orang  Melayu melalui pemberian status jus soli iaitu kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir. Sekiranya kelebihan ini diberikan kepada imigran, status orang Melayu di tanah sendiri semakin tercabar berikutan saingan dan hak istimewa kaum Melayu sendiri. Seterusnya orang Melayu menolak Malayan Union kerana  ia telah mencabar kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu. Sekiranya Malayan Union dilaksanakan, sultan Melayu akan kehilangan kuasa kerana mereka tidak akan terlibat dalam pentadbiran sebaliknya hanya akan berkuasa ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja. Kekuatan orang Melayu terletak pada kedaulatan dan kuasa sultannya dan sekiranya sultan kehilangan kuasa maka kedaultan melayu akan turut tercabar dan terhakis.

Soalan 5:  Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia

Unsur Tradisi
Penerangannya
Rasional
Perkara imbangannya
Pemerintahan Beraja
Raja-raja Melayu menjadi pemerintah dalam pentadbiran sesebuah negeri dalam aspek Islam dan pentadbiran
Raja-raja Melayu sejak dari dulu dianggap sebagai simbol penyatuan dan kekuasaan orang-orang Melayu
Keistimewaan raja-raja Melayu membolehkan mereka bersikap berkecuali dan menjadi payung kepada semua rakyat pelbagai etnik
Islam sebagai agama persekutuan
Islam dijadikan agama rasmi negara
Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf dan digunapakai Tanah Melayu sebelum penjajahan Inggeris

Perkara 11(1) menyatakan, agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Negara dan diguna pakai untuk hal-hal rasmi kerajaan.
Perlunya ada satu bahasa yang dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan dipilih kerana ianya mudah dipelajari dan mempunyai sukukata yang tetap dan mudah dari segi sebutan
Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain
Kedudukan istimewa orang Melayu
Menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak yang meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan
Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu. Ini menghasilkan situasi menang menang
Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain.


Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)
-          Apakah persamaan dan perbezaan?



Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Undang-undang tertinggi ialah perlembagaan itu sendiri perkara 4(1)
1) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
2) Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Al-Quran dan Sunnah
Tujuan
1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
2. Untuk mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
3. Alat untuk menyelesaikan masalah dan menjamin riwayat negara bangsa.
4. Untuk menjamin keamanan dan kestabilan negara.
1. Menghadapi dan menyatukan masyarakat majmuk Madinah.
2. Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi semua penduduk.
3. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin.
4. Merangka persefaham dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
Hak pemerintah
1. Konsep Raja Berperlembagaan
2. Tidak boleh menggubal atau meminda perlembagaan- 2/3 kuasa perundangan
Menggubal perlembagaan
Hak rakyat
Hak mendapat perlindungan daripada Yang di-Pertuan Agong
Hak mendapat perlindungan daripada kezaliman melalui undang-undang qisas (hukuman balas)

Tanggungjawab pemerintah
1. Sebagai ketua agama Islam
2. Sebagai pelindung yang memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
1. Menjaga keamanan negara
2. Menyatupadukan rakyat
Tanggungjawab rakyat
1. Taat kepada pemimpin
2. Menjaga keselamatan negara
3. Mengundi pada hari pilihanraya
1. Taat kepada pemimpin
2. Menjaga keselamatan negara
Hubungan dengan bukan Islam
Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan. Masyarakat hidup aman dan damai.
Kaum Yahudi dan Bani Auf bebas menganut agama sendiri dan orang Islam dengan agama tersendiri.

No comments:

Post a Comment