Nama: Ummi Sahira Binti Abd Halim
No Pelajar: 2015209636
Dalam bab ini, saya telah mempelajari apakah perbezaan antara segregasi dan integrasi. Segregasi bermaksud perpisahan antara kaum majoriti dan minoriti manakala integrasi bermaksud membawa minoriti dan majoriti untuk bersama-sama dalam pembangunan negara. Segregasi antara kaum berlaku pada zaman penjajah di mana kamu Melayu, Cina dan India dipisahkan atas dasar pecah dan perintah. Hal ini merenggangkan perpaduan dan kesefahaman antara kaum. Pelbagai kesan buruk boleh berlaku jika integrasi tidak dilakukan.
Integrasi tidak menghapuskan identiti, budaya, agama, kepercayaan, bahasa dan hak hidup majoriti ataupun minoriti masyarakat. Pelbagai pihak memainkan pernana untuk memupuk integrasi di Malaysia. Bukan sahaja badan kerajaan, malahan pihak NGO juga berperanan untuk memupuk semangat integrasi ini. Contoh pihak NGO yang menggalakkan perpaduan di Malaysia ialah kepemimpinan Majlis Belia Malysia. Di IPT juga banyak program telah dilakukan untuk memupuk integrasi antara kaum contohnya pesta tanglung aktiviti keluarga angkat dan subjuk Hubungan Etnik telah diajar dan menjadi subjek teras di setiap universiti.
Nama : Noor Azira Binti Noor Azman
No. Pelajar : 2015259246
Pada minggu ini, saya telah menpelajari dengan lebih mendalam tentang segregrasi dan integrasi. Sudah kita ketahui bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini pada ketika dahulu telah menghadapi suatu proses yang dijalankan oleh pihak penjajah dalam memecahkan perpaduan iaitu proses segregasi. Segregasi ialah perpisahan yang berlaku antara kaum majoriti dan minoriti. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu, India dan Cina telah dipisahkan atas dasar pecah perintah bagi memutuskan jurang perpaduan. Namun begitu, Malaysia kini adalah sebuah negara yang aman damai dan rakyat yang bertolak ansur di bawah pemerintahan yang sama.
Integrasi juga penting kerana ianya adalah proses penyesuaian di antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak dalam melakukan integrasi sebagai contoh badan kerajaan dan juga pihak NGO. Saya amat bersyukur kerana ada pihak yang masih menitik beratkan hal ini kerana sememangnya perpaduan itu memainkan peranan yang penting dalam memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang cemerlang.
Nama: Anisha Azreen binti Hasmizam
No. Pelajar: 2015229474
Setelah mendengar pembentangan daripada kumpulan Syahid, saya memperoleh lebih kefahaman tentang tajuk Segregasi dan Integrasi. Walaupun pembentangan mereka tidak menggunakan bantuan grafik, namun penerangan yang diberikan berkaitan dengan segregasi dan usaha-usaha ke arah integrasi dan perpaduan nasional sangat jelas. Pengetahuan saya lebih bertambah tentang badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk memupuk integrasi nasional melalui pelbagai ruang dan sektor, seterusnya memastikan hasilnya secara lebih menyeluruh.Ini merupakan suatu kontras yang sangat berbeza dengan usaha para penjajah untuk melaksanakan segregasi ke atas kaum minoriti dan majoriti. Tersentuh di hati saya tatkala teringatkan bahawa tidak mustahil untuk segregasi berlaku kembali sekiranya perpaduan dalam kalangan warga Malaysia tidak dijaga dan disulam dengan baik, serta kedatangan anasir luar yang membawa agenda korup ke atas negara juga amat membimbangkan.

The Orleans Hotel & Casino - Mapyro
ReplyDeleteThe Orleans Hotel & Casino is a casino hotel located in the area of New Orleans, 광명 출장마사지 LA. The 남원 출장샵 property 통영 출장마사지 was closed on 과천 출장마사지 the 충청북도 출장안마 day of COVID-19. Rating: 4 · 6 reviews · Price range: $$