Nama: Ummi Sahira Binti Abd Halim
No Pelajar: 2015209636
Kita telah menghampiri bulan Ramadan yang berkah dan kelas dimulakan dengan pelbagai perkongsian daripada ustazah tentang amalan - amalan yang perlu diperbanyakkan pada bulan Ramadan seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan mengganti puasa puasa yang tertinggal. Saya mendapat banyak input yang berguna dan bersemangat untuk melalui bulan Ramadan di tempat baru.
Dalam tajuk ini, pelbagai isu-isu menarik yang telah dibincangkan terutamanya hal-hal yang berkenaan orang Melayu itu sendiri. Contohnya isu orang Melayu murtad, kes-kes bunuh diri, perceraian dan sebagainya. Perkara sebegini tidak mustahil dengan keadaan negara kita yang sedikit sebanyak telah mengikut cara hidup barat dan sewenang-wenangnya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan penyelesaian atas masalah yang melanda. Apa yang telah saya pelajari ialah tidak kira susah mana sekalipun dugaan yang melanda diri, kembalilah pada yang satu Tuhan yang maha mengampun lagi maha mengasihani. Manusia selalu leka akan adanya Allah yang membantu kita dalam segala hal, berkat rahmatNya kita manusia Islam tidak dibiarkan begitu sahaja. Dugaan yang datang itu, adalah untuk menguji keimanan kita terhadap Allah dan nikmat yang Allah berikan itu juga merupakan satu ujian supaya kita tidak lupa diri dan ingkar kepadaNya.
Orang Melayu yang terlibat dalam gejala gejala negatif seperti yang telah dibincangkan sememangnya lupa akan identiti Melayu mereka sendiri. Seorang Melayu itu mestilah menggambarkan islamnya, sopan santunnya dan bijak dalam sesuatu tindakan. Melayu tidak sewenang-wenangnya bersikap ambil mudah, malas dan mengikut nafsu semata-mata.
Nama: Noor Azira Binti Noor Azman
No.Pelajar : 2015259246
Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, Ustazah telah memulakan kelas dengan sedikit perkongsian berkenaan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Dan bulan ini jugalah waktu bagi kita untuk memulakan sesuatu yang baik. Jika sebelum ini membaca Al-Quran bukanlah sesuatu yang dilakukan sebagai aktiviti harian, kita boleh membiasakan diri dengan memperbanyakkan melakukan amalan-amalan sunat bagi menambah berkat bulan Ramadhan yang mulia ini. Pelbagai perkongsian dibincangkan dan segala maklumat yang diperolehi sangatlah bermanfaat dan saya akan cuba untuk memperbanyakkan amalan-amalan di bulan ini.
Manakala berkenaan bab yang dipelajari pada minggu ini, iaitu bab Strategi Survival Melayu dan Bumiputera amatlah membuka mata saya. Kami telah didedahkan dengan lebih terperinci akan kes kes yang amatlah memeranjatkan seperti kes murtad yang sebenarnya berlaku dgn jumlah yang agak tinggi berbanding dengan yang disiarkan di berita, turut serta kes pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah yang kebanyakkannya dilakukan oleh masyarakat Melayu sendiri. Hal ini agak membimbangkan dan mencetus kehairanan kerana kebanyakan masyarakat Melayu yang melakukan kesalahan seperti ini adalah mereka yang beragama Islam. Sebagai negara di mana Islam merupakan agama utama, pihak berkuasa atau ibu bapa seakan telah terlepas pandang dan hal ini menjadi satu persoalan ketika perbincangan di kelas iaitu "Adakah salah guru, ibu bapa atau individu itu sendiri?" kerana didikan diberi ketika di persekolahan namun nampaknya seperti menuang air ke daun keladi. Hal ini membuka mata saya agar sentiasa berhati hati agar tidak terjebak dengan kancah gejala sosial serta saya bertekad dalam menjadi seorang pendidik yang lebih komited dalam mendidik generasi muda akan datang.
Nama: Nur Iman Athira binti Mohd Amin
No. Pelajar: 2015259318
Dengan kehadiran bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan, kami sering diingatkan dan dipesan bahawa bulan mulia ini adalah bulan yang sempurna untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Bulan ini adalah bulan di mana setiap umat Islam berbuat ibadah dengan penuh penghayatan. Ibadah-ibadah ekstra seperti membaca Al-Quran, bersedekah, menunaikan solat tarawikh adalah contoh penghayatan umat Islam di bulan Ramadhan terutama sekali dalam mengejar Lailatur Qadr. Selain itu, kami juga telah mempelajari bab Survival Alam Melayu di mana kami mengkaji sejarah sejarah dan berita terkini bangsa Melayu. Apa yang dipelajari ialah sifat Melayu pada masa dahulu yang bijaksana, kuat, bersifat cintakan negara yang kian hari kian merudum. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa yang dominan dalam statistik seperti pembuangan bayi, kes murtad dan isu isu sosial yang lain. Sudah sampai masanya untuk bangsa Melayu bangkit dan mengenang kembali zaman-zaman kegemilangan bangsa tanah air ini.
Nama: Anisha Azreen binti Hasmizam
No. Pelajar: 2015229474
Kehadiran bulan Ramadan yang amat dinantikan oleh sekalian umat Islam membawa Ustazah untuk berkongsi dengan kami tenatnag amalan-amalan yang perlu kita tingkatkan ketika berada di bulan seribu rahmat ini. Ustazah mengingatkan kami tentang nikmat-nikmat bulan ramadan, dan pentingnya untuk kita berusaha ke arah maghfirah Allah dan mencari keberkatan di dalam bulan ini.
Perbincangan dan pembentangan tajuk ini memberi kesedaran kepada saya tentang masalah-masalah sosial orang Melayu yang masih tidak dapat dibendung sehingga kini seperti buang anak, zina dan perceraian. Masalah-masalah sosial sebegini, sekiranya berlanjutan boleh membawa kepada kejatuhan ummah dan kemunduran moral bangsa.

No comments:
Post a Comment